Title:  -17
Posted:  Jumaat, 5 September 2014 @ 2:22 PG
+




for the time being i really want to run away ;
i want to stand where people don't see me ,
i just want to be alone for a while , just me , 
it's not that i don't care or never care but i , 
myself doesn't even know what to do now .
Running away , is it really a thing coward always do ?
If it's a yes then im a coward that you want to believe .
But really what you believed doesn't excites me any more ,
It never actually did . 
Title:  Miserable.
Posted:  Ahad, 2 Februari 2014 @ 10:41 PG
+
Assalamualaikum.


  Biasala, hidup sebagai pelajar dan manusia ni mmg banyak kerja nak buat. Ada banyak tanggungjawab tau, bukan main game je doploh pat jam tau lol. Dalam sehari banyaaak gila benda kena buat peh. Penatnya toksah cakap le. 

  As student, dgn homeworknya dgn assignmentnya heh kokurikulum lagi nak jaga. Bangun awal pagi, lambat sikit je kang kena denda. 

  As human being pulak, kena solat (ni wajib la) kena jadi gadis melayu terakhir, kemas rumah, cuci pinggan, sapu sampah blablabla malas hokey malas. Tak teringin pun nak jadi gadis melayu terakhir neh... derh.

   Dalam dunia ni siapa je takda masalah? Semua org ada masalah kan. Semua masalah pun ada jalan keluar kan. Ala sikit sikit tu takda hal la. Kadang kadang kita sendiri yg buat benda kecik jadi besar. Tapi, ada gak org kan dia suka sgt menyusahkan org lain dgn masalah dia. 

   Kita sendiri ni dah terbeban dgn masalah kita, dia pulak menambahkan lagi masalah. Kita ni dah takde duit nak guna dah, dia pulak pinjam lagi duit kat kita. Ya allah. Kenapala wujud manusia mcm ni. Haih. Bukannya nak mengeluh ke apa ke tapi agak agakla woi. Tension jap.

  Tapi takpe, Allah bagi ujian sebab dia sayang kat kita. Dia uji kita, sebab kita mampu nak hadapi ujian tu. Allah datangkan ribut taufan dulu, lepastu barula dtg pelangi manisnya iman.Eh betul ke ahahaha. Asalkan kita selalu igt kat Dia.  

  Ok la sebelum yana ni merepek merepek merepek, baiklah kita blah dulu. Ok bai bai.
Title:  Secret finally reveals.
Posted:  Sabtu, 25 Januari 2014 @ 3:17 PG
+
Assalamualaikum.


    Huarghhh, malasnyaaaa nak sekolaaahhh! Ok sambung cerita semalam. Eh yelah nak tahu kan apa jadi lepas tu? kenala skip intro ish. (sila rujuk muka surat belakang untuk maklumat lanjut teett)

 Malam tu lepas balik dari hospital, mama takleh tido. Ada dengar bunyi katanya, dah nama hotel bajet. What do youu expect aaa, bunyi suap lahtu apa lagi tapi bunyi kuat gila nak mamp...
  Bangun je pagi tu, mama suruh pack barang yg dah siap complete cukup enough utk seminggu hari sekolah. Mmg penatla kan. Hari ahad tu pulak nak pergi tgk makteh baru balik umrah, eleh selalu kalau makteh g memana pun tak pernah kisahnya tapi ni umrah kan kan kan so kita amik berkat ok balik umrah ni belum haji hm.

 Hari sekolah cam biasa je aa, kebetulan haritu ada kokurikulum hm waktu rehat pulak tercicir wallet kat mana tah, bnyk gila kot barang dlm tu tsk tsk ada ic lagi tuuu... ala cemna nak gtau mama ni ala

  Masa perhimpunan kokurikulum, tetiba je cikgu buat announcement sebut nama yana woi sape tak cuak woi. Igtkan nak ckp, sesiapa yg kehilangan beg dompet boleh jumpa cikgu, tapi, pelajar bernama nurlyana bla bla bla sila ke pejabat dan adiknya nurfatin bla bla bla dgn segera. 

  Dlm hati tu dah cam asdfghjidgafjaidnidfcxbisadw heh apahal cikgu ni zzz 5 minit lepas dah reda dah cam takde paparazi tu baru la g pejabat tu pun kawan kawan dah bising "eh yana ko gi ah naik do, nanti cikgu bising shal, gi ah do do"

  Naik je kat pejabat,nampak mama dah pucat semacam, lembikk je badan. Yana pun tanyala kenapa ni apa semua ni gimik betei la pahtu mama ckp mama tak sihat, maklang dah tunggu kat luar sekolah dah. Yelah pasrah jelah dgn baju kokuri tadi g rumah maklang, tak mandinya lagi wuwuwu 

  Ikmal kata tadi mama punya tekak pedih, masa kat office lagi dah. Maklang dtg kat office amik mama, bwk jumpa ustazah. Ada kaca keluar, banyak. Ntahlaaaaa.

 Start kat sinilah, sampai harini diwaktu sdg menaip entry tah pape tah ni yana tak dtg sekolah langsung ok tiga tiga beradik ni semua tak g sekolah special sungguh. Dekat rumah maklang mama mcm lain je muka, sekali maklang duduk sebelah mama, tanya "pakcik, pakcik nak apa ni? keluarlah jgn ganggu maslina ni. betul ke ni pakcik kang ngamuk pulak"

  Mula mula tu ok je mama dgr "benda tu ckp" (mama jela, aku haram nak dgrnya) lepastu bagitau maklang, dah lama sikit dia tak guna khidmat org tengah dah (mama lahtu) dia masuk terus dlm badan mama. Tapi hantu ni dia periang kahkahkah benda tak lawak, jadi lawak siot la ngko ni hantu.

  Hantu tu kata, bau kiki tu busuk sgt. Dia tak suka. Nak suruh gali balik, buang somewhere. Dekat sini je yana dpt rasa, ish kaulah ni yana bela kucing kenapa. Lepastu dia kata dia tinggal depan rumah (desa pinggiran putra) yg ada hutan tu. Pokok yg ada batang je daun takda tu port dia aa tu. Pakcik yg selalu dtg time maghrib tu la yg bela, petang senja tu dia bagi makan, mata kitorang ni dok igtla pakcik ni tanam pokok lah sangat padahal bagi makan.

  Hantu tu kata rahsia dia terbongkar la kiranya, sebab nak diikutkan dah 4 tahun dlm badan mama. Dari yana form 1 lagi kiki tu dah mati. Ya allah, bayangkan raya sekali dgn hantu, mandi sekali dgn hantu, makan sekali dgn hantu, semua sekalilaaaah.

  Sekarang ni baru tahu sebab akak sedara bagitau, ada benda ikut.Kan kitorang pindah rumah abah baru baru ni.Kira mcm marah lerr. Hantu tu kata dia takda kawan, nak kawan dgn kitorang ni, yana, fatin, ikmal. Yg pasal yana botak, fatin gatal gatal, ikmal asthma, diala buat. Dlm hati dah rasa mcm tak percayaa gilalaah, sape je do yg percaya?
   
 Benda yg selama ni kau tak percaya jadi betul betul depan mata kau.

 Hm sebenarnya cerita ni panjang lagi dan bukan rekaan semata mata. Sampai skrg ni pun, mama cam tu la tapi taknakla doa bukan bukan kita doala mama cepat baik ok ;)

    The end. 

Sorryla tak cerita habis, yana pun taktau apa jadi skrg ni. Blur semadang. Hal org dewasa takleh masuk campur katanya. Yelah yelah, uruskan mama sampai mama sihat dah. okbai.
Title:  fuh fuh
Posted:  Jumaat, 24 Januari 2014 @ 6:58 PG
+
Assalamualaikum, hi.



  Lama tak update kan? hihi kiranya ni first entry 2014 lah ye. Hm sebenarnya banyak benda dah jadi tapi nak tulis rasa mcm malas la pulak tapi taktau nak cerita apa ni. Tahun ni yana dah form4 rasa tak percaya pun ada, dah 16 tahun dah kita ni rupanya.

 Tahun ni yana pindah rumah abah, rumah lama la kiranya. Dah berapa tahun tah tinggal, takde org tengokkan pun tapi sekali sekala tu adalah mama dgn kitorang g kemas rumah gak. Takpun mintak tolong kat makcik tengokkan rumah tu.

 Tapi... 
Sebelum ni kitorang duduk kat desa pinggiran putra, depan rumah tu ada mcm hutan la kiranya. Yana ada bela kucing, nama dia kiki. Ada satu hari tu jiran sebelah terlanggar kiki. Taktau la sengaja ke tak sengaja ke tapi dia tetap bersalah!

 Jadi mama g la tanam kiki kat depan rumah yg ada hutan tu. Esoknya pulak bila nak tengok kiki, ada mcm org gali balik kubur kiki tu. Pahtu ada pakcik ni, dia suka potong rumput, tanam pokok le apa benda lagi la. Pakcik ni selalu dtg waktu petang, timing dia mesti time maghrib ish. Pokok yg dia tanam tu pulak ada batang je, daun tak ada. 

 Tak lama lepas kiki mati, rambut yana jadi gugur. Kalau gugur biasa tu takpelah, ini tak sampai botak jadinya rambut yana. Mama dah bawak jumpa doktor dah, stress katanya. Macam macam ubat dah sumbat dah, tak elok elok gak. Kalau tumbuh kat belah kiri, belah kanan pulak gugur, dalam 2 tahun berturut turut ni, rambut yana tetap mcmtu.

Lepastu..... (tarik nafas)
Adik yana, si fatin tu pulak..... jadi gatal gatal. Bila dia panas je mulalah, garu sana garu sini. Bila jumpa doktor, still sebab stress. Ubat inilah, ubat itulah. Banyak dah duit habis kat sini. Ikmal pun jadi sama gak, ikmal yg sebelum ni jarang ada asthma. Makin menjadi pulak asthma dia tu ish kesian kat mama tau! ulang alik hospital. Dahlah mama je yg yana ada.

Sampaila hari ni, 24/1/2014. Tahun yg kitorang pindah rumah abah, bulan pertama, buku baru. Mama selalu cakap "mama ni kenapa asyik penat je eh? dah tua kot." mama selalu penat, selalu tak larat. Jadinya, mama tak larat nak drive putrajaya-kuala lumpur. Mestilah penat kan? kerja lagi. So mama kata "ok mulai minggu ni kita stay je kat hotel, baju sekolah, buku, barang keperluan semuaa bawak sekali." 

 Bermula kehidupan yg mencabar. Pagi sebelum subuh nak kena bangun, nak jalan jauh, nak elak jam lagi. Yang bestnya, setiap pagi makan kfc ahaha. Amik drive thru ala yg breakfast punya tu. Semua sekali ada tiga set, takdela mahal sgt. Kira ok lah.

  Malam lepas balik dari sekolah dari kerja semua, kitorang balik lah ke hotel. Lepastu ada org call mama. Nak pergi tengok akak sedara kat hospital pulak. Dahlah dah malam, pergi hospital pulak. Lepas kitorang balik, akak tu meracau racau. Cakap bahasa kelantan la, terrenganu la. Bila tanya kenapa, ada benda ikut mama.

 
      to be continue...

Title:  Begin again.
Posted:  Jumaat, 7 Jun 2013 @ 4:32 PG
+
Assalamualaikum.


  Sila jangan puji dia handsome, comel, nanti dia bangga tahap tak boleh blah or else aku tomoi jakgi mati kat situ. Daripada buang masa puji dia, baik puji aku kan kan? Ada jugak faedahnya. Kahkah. Aku serius ni, what's mine is mine. My way or no way.

 Oh lupa nak kenalkan si bongek ni dekat anda anda sekalian, tapi kan tkyah kenai pun takpa aih bukan rugi apa pun wkwkw.

 Meet my other half, Putra Danish Harraz bin Abdul Aziz. Cukup cukup, tu je. Jangan lelebih karang aku jeles susah. Haa sebut pasal jeles ni, aku kan suka stalk orang biasalah typical lyana :3 huahua. So dengan muka kereknya aku gi ah stalk dia. Em em dia ada sweet sweet dengan perempuan ni yaa, I know her. Tak sangka pula diorang couple *faking smile* 

 Rasa macam aku ni tak layak dengan danish. Sebelum ni pun I keep wondering why this girl stalking us? Aku perasan dia punya like dengan dia punya retweet. Tu lah aku pergi stalk dia sampai habis semua aku stalk haha. Oh diorang pernah couple oh hm hm okey :') 

 Forget it. 

  Tetibe je rasa nak update blog tapi tak tahu nak membebel pasal apa. Lagi satu laptop ni asyik hang je ah gila aku rasa cam nak hempas hempas je haa. Siot betul time aku nak guna je terus rosak. 

-Okey yang ni memang keluar topik terus-

 Memandangkan aku memang tak pakai phone. Hahah aku ada phone senanya cuma jarang pakai sebab tak penting. Aku memang tak penting, useless. 

 So susah nak contact dengan danish tapi aku dapat rasalah kan dia cuba online untuk aku. Aku rasa je lah hihi. Tu pun kadang kadang dia online kejap je :( 

 Eeee nak pakai phone mama nak phone ((hentak kaki)) kah kah time ada dulu campak merata rata kan haa padan muka hengko. Nak dengar suara dia, nak jumpa dia, nak peluk dia eheh gediknyaa lahai. Tapi kan suka hati aku lah kan muahaha. 

 Aku tak boleh nak paksa dia spent the whole time dengan aku, one fact about me aku kuat jeles. Jeles bila tengok orang lain try tackle dia. Bila dia layan orang lain selain aku. Tapi aku pepandai ah cover bagi tak nampak sangat aku jeles tu karang kantoi haaa malu bertahun tahun cana aku nak hidup nanti. 

 Aku sayang semua orang. Aku tak pernah benci orang ni semua, aku penyayang senanya herher tapi tu lah aku benci danish sebab dia buat aku sayang dia. Logik? logik gak ah. Kesah apa aku logik tak logik gi mampus sana. 

  So, eh haha berapa kali nak so so ni. Mungkin aku bukan yang pertama dalam hidup dia, tapi aku nak jadi yang terakhir. :3 hikhik

  Apa yang aku nak, walau apa pun jadi jangan pernah putus asa terhadap aku. Tu je. 

 And that's it. Bye peeps :)

01062013.
I know what it's like to wanna die, how it hurts to smile, how you try to fit in but you can't, how you hurt yourself on the outside to try to kill the thing on the inside. Thanks fr reading guys.
Title:  People love to hate, deal with it.
Posted:  Sabtu, 18 Mei 2013 @ 9:13 PTG
+


Assalamualaikum. Hello gaiss! :D

Haha yang aku eksaited sangat ni kenapa? Aku bukannya nak setoli celita yang hepi pun, saja ja naikkan semangat hari ahad yang sepatutnya muram sebab esok dah nak start sekolah dah. Yang hampa hampa semua ni barang sekolah semua dah siap dah ka? 

Amboi aku ni, tanya oghang lain yang aku ni dah siap ke belum ntah wkwk.

 Apesal melencong jauh sangat ni? 

Okey, hang nampak dak tajuk enteli aku kat ataih tu? Hang pergi check apa tajuk tu sekarang. Mohon tampar aku sekarang, suka hati je suruh suruh orang check haha. 

Meh nak habaq kat hampa meh, entah kenapa aku nak pakai bahasa utara rini muahaha. Suka hati aku aa, hang sibuk pasai pa? puihh.

Eh silap lah ludah kat sini, kan dah tak semena mena blog aku yang putih lagi maha suci dari kekotoran dijangkiti virus tak dikehendaki. Ohh, aku ni virus yang tak dikehendaki lah selama ni eh? Ya Allah, apa dia aku merepek ni? Sorry ye awak awak semua, rini terserlah pula bakat merepek yana yang selama ni terependam jauh di dasar laut haha. 

Yana stop it,it not funny. Tu dia mai dah semangat nak serius tu haha, siot kau yana. 

Dari tadi aku nak setoli setoli aku tak dapat dapat, bengong betul aku ni haha. Aku kan ada account ask.fm, aku ada bagitau hang kan ritu? yang ala yang aku ada bagitau ritu, cuba ingat balik. Apa ni muda lagi dah nyanyuk? Tak cool ah bruh. 

Aku dah disable dah account tu. Hmm.  

Kau buat enteli rini nak gitahu tu je ke setan? Yang setan tu hengko gila. Dah dah jangan gaduh pasal ai ye muaah :* eei geli aku muah muah kat sini euw euw haha. 

Senanya korang faham tak apa yang aku cuba nak sampaikan walaupun aku tahu memang takkan tersampai apa yang aku nak sampaikan tu. 

Takpelah kecik hati aku cenni :( hm nak mehajuk, bai. 

Aku ni nak mehajuk mehajuk kat sini tu pehal? kan dah tahu takde oghang nak pujuk hang. Pergi lantaklah apa pun.

Memang aku suka konpius konpius kan orang ni hahah, maafkan aku penunggu gua. Nampaknya masa amat mencemburui aku, jadi sampai sini jelah enteli tak berguna aku ye sayangg :*

Bai, chalo *peace kat mana mana jelah haha*

Everybody has a past.Everybody lives a present. And everybody deserves a future.
Title:  Its a test babe!
Posted:  Isnin, 13 Mei 2013 @ 8:29 PTG
+


Assalamualaikum. Hello beautiful human :)

Kau lelaki ke kau perempuan ke, aku tetap nak guna 'beautiful human' kesah apa aku muahaha.

  Okay okay, sekarang ni semua orang kecoh pasal exam. Weh tengok aku ni haa, rilek je. Tipu je, ekceli aku pun cuak jugak tengok korang cuak. Sekali dengan aku aku terjangkit penyakit cuak korang. Cis, ini tidak adil tidak adil.

  Sepatutnya sekarang ni aku baca buku atau buat revision. Tapi aku prefer online, duduk bersila depan laptop yang dah uzur ni disebabkan penggunaan berterusan tanpa henti. Menaip dengan baju buruk sambil makan kopok lekor ni. Oh heaven~

  Tahun ni tahun yang penting bagi aku, bagi aku jelah. Orang lain mana aku tahu. Heh. Aku akan hadapi satu  peperiksaan yang akan menentukan haluan aku lepasni. Ritu teacher ada bagi homework pasal apa bende ntah, tapi aku lupa then aku tak buat.

 Teacher tanya aku "So you are happy teenager?" Well, teacher. I guess so -.- The end. Tepuk tangan sikit.

Yang member dekat sekolah tu tak habis habis dengan perangai tak semegah tu. Serabut betul. Aku rasa macam banyaknya benda aku nak kena buat tahun ni. Buat itu buat ini. Eh natang pebende aku merepek ni? Haha

 Nak tahu tak? nak tahu tak ni? Tkpelah taknak tahu pun, aku nak cerita jugak. Tak kira :p

 Nina (nama sebenar) Kejam gila aku bagitahu nama sebenar wkwkwk. Dia kan ada lari rumah, lama jugak ah dia tak datang sekolah. Dia kata dia tension dengan family dia. Apa dia buat semuanya salah. Pity her. But biasalah tu kan, aku pun macam tu. Parents kita tu pun sebenarnya tension jugak. Mana nak kerja cari duit, nak jaga anak, rumah yang tk terjaga lagi.

 So sampai satu tahap dia tak boleh tahan lagi dengan semua tu. Dia nekad. Lari dari rumah. Yang aku hairannya, dia lari tu dia pergi rumah siapa? dia tak takut ke? tak kesian dekat parents dia? Yang aku lelebih ni dah kenapa.

 Baru baru ni abieyl cakap kat aku, nina dekat rumah makcik dia. Makcik dia dahlah tak kahwin lagi, kaya pulak tu. Hm, bestnya hidup kau lepas ni weh.

Harap haraplah PMR nanti kau boleh jawab lek lok. Tak tension tension lagi. Belajar pandai pandai tau nina :)

Need to go now. See you soon."Sometime you got to cry a river bulid a brigde and get over it."






Title:  Lifeless. Everyday.
Posted:  Selasa, 7 Mei 2013 @ 10:47 PG
+

 
Assalamualaikum. Hello earthling! :D 

 Rindu kita tak? rindu tak rindu tak? Meh muah muah sikit haha lol 

Lama gila aku tak bagi bebelan dekat uolls kan? Ehek. Gedik youu :p 
Hm apa aku nak membebel sekarang ni ek? Aku takde idea pun, saja main chak chak kat sini wkwkwk. Okay, lupakan. Tak penting. 

Lifeless. I think I need a trainer to arrange my life. Adakah aku yang aku maksudkan 'lifeless' tu? Owemji owemji. Gila. Memang betul pun. Tahniah, sila dapatkan hadiah di kaunter 139738. Semoga berjaya.

Sejak sejak aku tak berapa rajin pergi sekolah, sejak ni lah. Aku ugh, apa aku merepek ni sia? 

Memang lifeless betul aku ni -.-

So, korang korang pun jangan jadi lifeless cem aku ni haa, tak baik tak baik. 
Tujuan aku update new entry ni pun sebab takde tujuan pun. Aku nasihatkan korang jangan baca entry ni lah ye :)  

Pandai betul aku ni, genius katanya. Gini (Y) 

Erh, tk guna punya entry. Salahkan entry yang lifeless ni tau, bukan ai yang tak berdosa ni muah muah :*

Anyway, thanks for reading darling .Stay awesome :')
Title:  Tutorial : Letak status dalam blog.
Posted:  Jumaat, 26 April 2013 @ 11:17 PTG
+



Assalamualaikum. Hello people. 

  Jadi harini aku nak buat tutorial macam mana nak letak status dalam blog. Ada orang tanya macam mana nak buat status macam aku, so , okay. Take it step by step. 

 First - Pergi dekat template. Done? :)
   
Second - copy code ni, ctrl + c

<div style=' width:258px; position:absolute;top:201px; left: 80px; padding:3px;border-radius:4px; background: #222; opacity:0.8; border:1px #E69B10 solid; color:#ffffff; font-size:11px;text-align:left;'>Status ; <marquee>Change this with your own status.</marquee></div>

Third- Paste dekat bahagian <body>

Last - Preview dulu, korang boleh adjust sikit mengikut citarasa masing masing, height tu kena adjust takut bertindih dengan header.

And oh yaa code untuk tukar colour bagi macthing tu boleh pergi dekat *http://mytopfreeware.blogspot.com/2012/03/html-color-code-chart-for-blog_3.html* sini.
              
 Okay. Chaw luu *peace kat pipi*

Title:  Letih. Penat. Sakit.
Posted:  Sabtu, 20 April 2013 @ 9:14 PG
+



Assalamualaikum :)

Hai.Hello. Okay, baru habis tukarkan baju blog. Ecehh :D serius penat gilaaa. 

  Satu, penat sebab sekolah mana nak belajar, mana nak olahraga lagi. Eh ingat nak buat gwiyomii. Haha, comel jee diorang tu. Tapi kalau lelaki yang buat, pondan habis gentle cakap. Apesal melencong jauh sangat ni weh? 

  Dua, penat sebab godeh code code untuk blog ni haaa. Anyway, blog dah makin 'cantik' kan? Haritu ternampak skin ni dekat blogskin, apa lagi rembatt cecepat ahh. Heheh.

  Tiga, penat kemas rumah, adik duduk rumah bukan nak kemas rumah pun, kemas centu centu je, pastu dah, then tahu nak bergaduh dengan ikmal je kerjaa. Heh. 

 Stress kan jadi aku? Siapa kata best jadi aku? No way, tak best pun ekceli, cuma aku yang buat hidup aku ni best, aku tak pernah mengadu dekat siapa siapa masalah aku, even dekat blog ni. Eh wait, adalah jugak sikit sikit tu. Ngee.

 Empat, penat jalan sana sini semata mata nak siapkan kerja khursus yang cikgu bagi tu. Penaaat weh diulangi penat. Aku manusia biasa. Wahh ayat, giteew.

  Aku perlukan something yang aku boleh cerita masalah aku tapi bukan semualah, admit, setiap orang ada masalah sendiri, termasuk aku. Aku taknak bebankan masalah dia dengan masalah aku.

 Dan, orang tu peah, yes shafikah. Asal doh panggil dia 'peah'? Entah, dah terbiasa panggil macam tu. Hahah. Manusia tak pernah terlepas dari melakukan kesalahan. Ye, aku tahu aku skema, sorry, izinkan aku sekali ni jeee wkwk. 

 So, bila ada misunderstanding tu, gua memang baran tak kira masa weh, boleh je nak wrestling dekat situ, peah kalau dah jeling jeling tu, tu adalah benda tak kena tu. Something wrong somewhere hihi.

 Apa lagi ek? Tadi rasa macam banyak je benda nak taip, tetibe blank je otak aku ni -.-

  Hah, aku dah ingat, mohon bangga. Haha, aku sakit. SAKIITT. Banyak jenis sakit ni, yang mana satu? Aku pun tak tahu macam mana nak describe sakit aku sakit macam mana. 

 Sakit biasa yang pernah dengar sakit badan kan? I mean, demam, selsema, and so on. Second pula, sakit hati, sakit rindu, erh lebih kurang macam tu ahh. Nyehnyeh.

 Aku pula mewakili kedua dua jenis penyakit yang disenaraikan di atas. Eh, ada senarai ke? ._. *tepuk tangan* Dah diam, aku kan akuu hm akuuuu aku rindu teddy aku T.T rindu gilaaa, mana dia? kenapa tak contact aku? Tak rindu aku ke? tak sayang aku dah? 

  Aku sakit ni, aku perlukan kau. Kau kan suka paksa paksa aku makan ubat. Rindu semua tuuu :'( Tsk tsk. Aku memang ada nak call teddy haritu, tapi bila aku stalk dia dekat ask.fm, facebook, twitter, why eh? Hati aku macam makin bengkak? makin sakit? rasa macam dihiris hiris. 

 Sheera, aku nakjadi macam kau. Sweet je kau dengan sayang kau tu :') Aku pun happy tengok kau happy sheera. Mungkin aku je yang tak sehappy sheera. 

 Aku dapat rasa yang sayang dia pada aku setiap hari makin pudar dan pudar, aku cuma tunggu masa untuk perasaan tu hilang. 

Dan, aku tak sanggup nak hadapi semua ni. 
 
I think I will miss you forever, like the star miss the sun in the morning skies. Thanks for reading :')
 
 

 




Title:  Oowwl things, dude this is so adoreable.
Posted:  Jumaat, 12 April 2013 @ 6:53 PG
+




Assalamualaikum, hello hai :D 

Taknak cakap banyak, penat nak membebel sambil menaip, tahap kemalasan aku semakin meningkat, sikit sikit lama lama jadi bukit wakaka <-- Bohong semata mata xD

*Well, ekceli entry ni dah lama aku postpone eh betul ke eja? ._. Ah lantak gua nak eja cemana pun. Kesian dekat stalker stakler setia aku yang baik hati sampai dah hafal entry aku yang dah basi busuk masham tu dah. Yelah buka buka je entry yang sama tertayang memang boleh ingat satu satu apa yang aku taip hikhik :3 kdah habis membebel, now nak cuci cuci mata pula yeee :D

So here we go~








   Comel gila en? Cantik pula tu :D Awak belikan kita semua ni boleh? *kelip kelip mata* heee :3

   I dont know where I could get this T___T sorry sebab buat korang tertanya tanya mana nak dapat menatang ni, tu pun kalau korang tertanya tanya lah, aku teka je :p

Sometimes, words can never describe how I feel. Thanks for your visit :*
Title:  Kata kata tu doa.
Posted:  Ahad, 24 Mac 2013 @ 10:25 PTG
+

Assalamualaikum, yaw whatsaaap? :p 

  Hihi, dah jawab salam tu ke belum? ish, apa ni? jawab dulu der. Tumbuk kangg :3 

 Haa, tadi kan, mama cakap ''nanti orang tanya anak kau dapat berapa A? jawab jelah 8D''.Okay aku yang tak buat latihan lagi, tu mama cakap macam tu. Geram agaknya. Mungkin? ._.

Pernah dengar tak kata kata boleh jadi doa? Apa yang kita sebut, apa yang kita cakap semua tu mungkin boleh jadi doa. Dalam bahasa melayu, mulut masin. Haa, yang ni mesti korang tahu kan? Masinnya mulut kau weh :p Hahah, lebih kurang macam tu ah :D 

 Erhh, idea aku dah hilang ahh. Tadi rasa macam berlambak lambak idea datang. Mencurah curah kut.Lupakan.

Sebabtu kadang kadang kita tak boleh cakap lepas je weh. Kena jaga jugak apa yang kita cakap, kalau terdoa yang bukan bukan dekat dia macam mana? 

Okay, pernah dengar lagi 'what you give, you get back'? eh betul ke menatang tu? -.- apa apa jelah, kalau nak translate, maksud aku ialah apa yang kau doakan dekat orang lain secara automeeetikkes, kau doakan untuk diri kau sendiri. Kan ada kalau kita doakan orang lain, malaikat akan doakan yang sama untuk kita :)

 Aduh, apa aku ni, belit belit je dari tadi. 

Point aku dari awal lagi senannya nak suruh korang jaga mulut, tu je. Bila dah mengadap je lapp ni, habis semua benda nak disebutnyaaa xp

Aku harap, korang doa benda yang baik baik je kay? :* 

Till then :)
 We are all a little weird and life's a little weird and when we find someone whose weirdness is compatible with ours, we join up with them and fall in mutual weirdness and call it love. Thanks for reading sayongg :p
Title:  Think of other things.
Posted:  @ 7:24 PG
+


Assalamualaikum awaaaak :D 

 Hihi, eh korang tak suka ek aku bahasakan diri aku 'aku'? Kalau macam tu kan, aku mintak maaf banyak banyak ek? Tak biasalah nak sebut 'yana', 'saya' tak rock ahh :< Sorry kay? :3 

 Lately, aku rasa sedih,hiba, dan sewaktu dengannya. I just dont know why. Mungkin rindu? mungkin sedih? mungkin kecewa? arghh, apa kena aku ni? >.<

 Aidil Haqeem. Yes, my superhuman :) I really really miss him. Hm, phone aku T.T 

 Aku pernah fikir aqeem ni player.Player. Sebab bila aku online, dia tak tegur aku dulu weh. Dia tegur orang lain, siapa tak sakit hati? Lepastu bersweet dengan orang lain, perempuan. Kata nak sweet dengan aku je, kenapa tak tepati janji tu? Najib pun tepati janji tahu.

 Bila fikir balik kan, dia cakap dia ambil kelas agama. Okay. Tapi masa kitorang first know each other. Dia boleh '*pegang tangan*'? tak tahu ke halal haram?

 -Dah mula lari topic, tapi ada kait kait sikit dengan topik :p -

  Dia bersweet dengan orang lain, tweet dengan perempuan. Aku stalk dia kan, asyik asyik tweet 'rindu awak' Bukan dia dah clash ke dengan 'girlfriend' dia tu? Dulu masa aku dengan Ajim, dialah yang stalk aku, dialah yang copy paste status aku, dialah yang ask aku, dialah yang like like status aku, dialah yang stalk blog kesayangan aku ni. Aku rindu kasih sayang dia, perhatian dia. Mana pergi semua tu?

 Bak kata Sheera, hubungan kalau berasakan kejujuran dan kepercayaan akan kekal lama. Ye, aku cuba untuk percaya dia. Bila dia kata dia rindu aku, betul ke dia rindu aku? sebab dia still contact dengan ex dia yang tak berapa nak ex tu. Then, bila aku bertegur dengan ajim, konon jealous ahh tu. Tak suka aku bertegur dengan ex aku.

 Dia nak aku je setia dengan dia, tapi dia? 

 Bermention dengan ex dia, boleh pula? 

 Kadang kadang aku rasa menyesal couple dengan dia, nak getback dengan ajim. Ajim walaupun dia pernah sakitkan hati aku, aku sayang dia. Kitorang macam kawan,adik beradik, dan yang paling penting dia rocckk :D sama macam aku brutaaal babe. Hahah, aku rindu ajim. K.

 Tapi aku pun rasa menyesal juga sebab tak teruskan perjanjian no couple tu, kalau aku teruskan perjanjian tu, mungkin aku takkan lalui benda yang tengah aku lalui sekarang.Mungkin sekarang aku tengah fikir masalah pizza tak cukup dan berapa banyak pizza yang diperlukan untuk 30 orang tetamu.

 Jadddiiii, aku cuma perlu gembira dan berfikir positif. Aku taknak clash dengan dia. Aku sayang dia, walaupun aku ada rasa rindu sikit dekat ajim. Itu normal. Nanti hilang lah perasaan tu :)

  p/s: Kwang Soo, please be mine ?

You think Im strong? the only reason why I havent broken down in front of you is because I dont want you to think badly of me. Thanks for reading :)


  
Title:  Appreciate people.
Posted:  Sabtu, 23 Mac 2013 @ 7:45 PG
+

Asalamualaikum stalkersss, wah banyak stalkersss aku :D

    Perasan je lebih aku ni, bukan ramai pun nak stalk aku. Heh. Okay,back to the topic. Eh apa topic aku? hoho. Kenapa bila aku gelak 'hoho' aku terus terbayangkan mulut lelaki yang bulat sambil memegang perutnya. Macam santa tu. Ewah, skema en ayat aku? tahu dah. Kbaaaii :p

   Tujuan entry aku kali tak lain tak bukan untuk meyerlahkan kehebatan bakat membebel aku yang selama ni terpendam dan tersimpan jauh tertimbus ke dasar laut. Perghh, semputt weh~

  Aku bukan nak mengungkit ahh, tapi siyes aku tacing gila dengan sorang budak ni. Dahlah budak, kecik pulak tu. Eh, apesal kalau dia kecik pun? ._. haha, aku dah senget dah ni, siapa suruh buat aku senget. Budak tu punya pasal ahh. Duhh.

   Aku taknak buat dosa, mengumpat pasal dia. Pahala aku pun tak berapa nak cukup alangkan lagi nak sedekah pahala dekat dia. Apa kes? 

  Cerita dia macam ni. Pada zaman dahulu~ 

   Hah macam tu ahh cerita dia. Amacam? best? kehkeh :3

  Okay, let me tell you.

  Dia ni, ask aku dekat ask.fm. Mintak tolong, edit blog dia. Lepastu, eh kau hengat senang ke nak edit? aku mintak bio dia elok elok , dia boleh buat ''-.-'' Nampak tak kekurangan ajaran dia tu? ._. Sila pastikan mata anda dibuka seluas mungkin, terima kasih.

  Kalau hajar ni, dia akan buat satu entry khas untuk aku je :) Memang aku sayang dekat hajar ni, sopan dengan aku :3 uhuks, kenapa aku rasa geli ek?

  Then, bila aku dah bagi semua semua hasil usaha aku. Dia boleh 'hmmmmmmmm' je? Ohhgosh. Aku pun ada stalk blog dia tu, menjadi kebiasaan aku untuk check blog anak anak buah aku dan pastikan blog hasil air tangan aku takde sebarang masalah. K. *muntah hijau* geli aku sebut anak tu, hahah :D

   Masa aku round round blog dia, perghh, dah 4 entry dia buat. Semuanya pasal 1D, bff, biasalah bebudak entry cikai cikai je :p Tapi takde satu pun dia mention or anything. Takpelah aku bukan batak sangat. Tadi aku on twitter, dia tanya 'kenapa tak jadi pun?' oh lepas kau buat entry selekeh kau tu, boleh kau tanya aku macamtu? kau punya pasal nak babitkan aku sekali apesal doooh? -.-

  So, maksud kau, aku tak reti nak edit blog, centu? Eh, sorry kalau bukan aku yang tolong betulkan blog kau tu, takdenya nak jadi cun cun macam tu.

  Menyampah pula aku. Cukup sampai sini je aku luahkan rasa yang pelbagai rasa dan tak boleh dikenal pasti rasanya tapi yang pasti rasa tu bercampur campur.

Thanks for reading, sincerely me :3 Bai bai :)



Title:  Entry tak berfaedah.
Posted:  @ 12:10 PG
+

Assalamualaikumm, 


Fuu~ weh penat weh. Eh, aku ni dah kenapa? xD 

Semalam tidur lambat. K. (pahadal tiap tiap malam tidur lambat) Watdehel :p 

Hm, ekceli tak tahu nak bebel apa. Jadi ni je lah yang mampu aku bebel. Nothing. No point. Tak penting. Useless. Boring. Lagi? apa lagi? meh nak listkan meh. Duhh, apa yang aku merepek ni weh? Tolong aku weh. Haha kesian korang baca entry yang merepek gila ni :D 

For your information, now im at mah hometown. Johor, segamat :) Kazen kazen semua hilang, mana entah dorang pergi. Kindda bored here. Jadi tulah pasal aku membebel takde point sekarang ni. Sheera, kau yang berdosa. Wakaka xD mintak ampun dekat aku. Heh, kalau kau balik takdelah aku jadi gila macam ni.

So, rasanya sampai sini jelah entry tak berfaedah kita ni :) 

Smile. Because you can. Thanks for reading, till then. Bai bai :*


Title:  Dreaming dreams with happy ending.
Posted:  Jumaat, 22 Mac 2013 @ 1:59 PG
+


Assalamualaikum readers :D

Haai helloo :p

  Yesterday are a day for spm-ians right ? Haa, macam mana ? okay dok ? hihi, apa pun result tu jangan pernah putus asa.Yang penting kita dah buat yang terbaik. Oh lagi satu teruskan usaha anda. Lagipun tuhan tak suka dengan orang yang selalu putus asa ni :)

  Bila bercakap pasal ni, ada jugaklah terfikir, nanti nak buat apa? nak pergi mana? sambung belajar ke kerja? lepastu apa? Blank. Tepu. Kosong.

   Can someone give me some explantion on this? ._. 

  Cita cita pun berterabur, nak jadi tu lah nak jadi ni lahh. Haha, tiba tiba teringat dekat 'perjanjian' kitorang. Yana,Syida and Sheera. Kami sekampung, yeahh :D 

 Memandangkan setiap kali balik kampung, asyik jumpa muka yang sama je. Kehkeh, so, nak isi masa yang lapang sikit sikit tu, kitorang duduk lah bincang bincang, nanti nak kerja apa, belajar dekat mana. Haa, kitorang ada buat perjanjian no couple amacam ? kau haddoo ? :p 

  Pernahlah sepakat konon semua nak jadi doktor. Sheera nak jadi doktor apa entah, syida nak jadi apa entahh xD Tak ingat wehh. Sorry sorry~

  Tapi tu tak mustahil kan? mana tahu kita semua jadi doktor, Insha Allah :} Yang penting usaha tu, usaha. Usaha pintu ke masa hadapan. Eh? hahah :D Okay ahh, mungkin disini kita kan berpisah~ wuuu  

Life is short, live it. Love is rare, grab it. Anger is bad, dump it. Fear is awful, face it. Memories are sweet, cherish it. Thanks for reading :)
Title:  Hardlife.
Posted:  Khamis, 21 Mac 2013 @ 8:59 PG
+

Assalamualaikum, 

    Hello evelibadi, long time no see. Sekali sekala broken english takpe kan? hihi, jangan marah haa :p Hmm, sekarang ni tengah pening, serabut etc.Dengan pelajaran , rumah yang tak berkemas, adik yang asyik buat masalah, dengan kesihatan aku, member member yang serupa tahi (accpect shafieqa, oh dia sahabat sejati aku) Nyehnyeh~  . Perlu ke aku cerita dekat sini? *fikir* Takpelahh, lupakan semua tu. Kita enjooyy! :D 

Enjoy apa eh? :3 

Haha, aku pun tak tahu der :p 

   Kadang kadang kita kena hadapi masalah kita, bukannya lari dari masalah. Macam aku yang dah lama tak jejak kaki dekat sekolah, serius weh aku cuak nak pergi sekolah kot. Haha aku dahlah tak ambil test haritu. Hebat kan aku? awesome kan aku? cool kan aku? *bangga* :D 

   Kalau aku terus menerus tak datang sekolah, aku mungkin dibuang sekolah. Dengar macam berat kan masalah aku? yeahh, sistem imune badan aku down, so, virus virus disekeliling aku mudah nak merebak dalam badan aku and.. and apa? aku sakitlahh, apa lagi :p tu pun tak tahuuu xD 

   Jadi dengan keadaan aku yang asyik sakit dan masalah peribadi aku, mungkin jadi satu faktor besar kepada ketidakhadiran aku ke sekolah. Tapi aku kena kuat dan tidak menjadikan tu sebagai alasan untuk aku terus menjadi orang yang lemah,gagal, takde masa hadapan. Siapa yang taknak hidup mewah, kaya, sihat,berpelajaran? Haa? haa? siapa ? meh aku tomoi dia sikit.

 -Wahh, mencurah-curah idea aku nak menaip malam ni, kehkehh-

   Lari dari masalah bukan pilihan aku. Semestinya. Aku kena kuatkan semangat dan ambil aura aura positif, aku adalah pergi kursus beberapa kali. Kebanyakkannya dok ulang benda sama, think positif, think positif. Macam radio rosak pun ada.

 Apa motif aku membebel panjang panjang ni eh? ._. 
  Ekceli, aku baru habis baca novel 'Suamiku tak romantik tapi automatik austitik' hehe, saje je letak automatik tu :p relaxs broo~  Pernah baca tak novel tu? huishh, kau jangan memain best gilaa wehh (Y) rugi tak baca *promote* Aku patut mintak komisen aku nanti :D 

   Syed Azwan a.k.a boboy, yang berlakon austitik supaya dia dapat lari dari masalah. Austitik tu sejenis penyakit yang susah aku nak terangkan weh, kau google ahh sendiri. Haa, kira aku dah bocorkan sikit sikit rahsia novel tu. Aduhh, ampun pak jangan saman saya pakk :< 

  Okay, kesimpulan dia, aku kena pergi sekolah dan timba ilmu sebanyak yang mungkin, sampai 88 tingkat, wuu, gayat xD Aku kena lawan penyakit penyakit durjana dan yang pasti kejam lagi maha cemburu kuat dengan aku.

   Aku tak boleh teruskan keadaan aku macam ni. Perubahan. Yess, betul tu. Aku kena lakukan perubahan, adik adik aku nak ikut jejak siapa lagi kalau bukan aku? Right? Aku sebagai anak sulung bertanggungjawab terhadap adik adik aku. Aku kena tunjukkan contoh yag baik lagi sopan. Ewaah, berkobar kobar pulak aku ni, hahah :D 

  Penat tak baca aku punya bebelan? haha, ingat korang je penat? yang aku ni dok menaip tak penat pula ? Eh, apa aku merepek ni? Duhh, okay weh. Choww~ 


 Keep your head up, heart strong. Thanks for reading, bai bai :)
  
   


Title:  Live life like a Princess
Posted:  Rabu, 27 Februari 2013 @ 8:58 PTG
+

Assalamualaikumm :) 

Haii, apa khabar *waving* :D Semua sihat ? Cikgu sihat ? Pakcik sihat ? Crush sihat ? Kucing sihat ? xD Okay good :3 Kalau tak sihat pergi main jauh jauh :p Sini tempat untuk orang sihat jee >.< 

Can I start my story now ? :3 Yeaaah :D Listen listen listen, I speak you listen. Hahah, Actually hari isnin tu aku tak datang sekolahh :O So, hari selasa tu aku tak tahu yang dah tukar jadual. Cikgu sekolah ni memang tak tetap pendirian, sikit sikit tukar jadual -.- Aku pun penat kerja betulkan jadual nak taruk dekat bilik aku .

*Jangan tanya apa aku cakap sebab aku pun tak tahu apa aku cakap*  .__.

Jadi.. Dengan bangganya aku pergi sekolah pakai uniform complete kain biru semua segalaa x) Bila sampai je dekat barisan, aku tersesat kejap dekat form4 T.T Yelah barisan lain pakai baju sukan. Aku celah dekat yang pakai uniform je. Sekali akak pengawas tegur .. 

''Adik ni form 4 ke ? '' Balqis lah yang cakap macamtu, siapa lagi -.- Sumpah terhina rasa. Aku pun ''Kau.kau perli aku kepe? ''..''Takdelah, sini tempat form4 je bonggok'' tekan sikit bonggok tu yeee  ;'c ''Dah tu, mana budak budak lain?''.. ''Sebelah ni apa? pocong? '' Watdehel.

Serius malu gila, aku je pakai uniform dekat situ xD Pandang aku pun macam tengok alien jatuh ke bumi :O

  Dahlah aku sorang je pakai unifrom, boleh pula masa nak naik tangga kasut aku tertinggal :'( Sedih gilaaa.  Beza aku dengan cinderella, dia tertinggal kasut masa nak TURUN tangga. *bangga kejap* DIULANGI,aku tertinggal kasut  masa nak NAIK  tangga.

Okay, bayangkan member member ni semua pakai baju sukan. Aku pula jalan tengah tengah, dengan uniform. Naik tangga. Tengah jalan tu lah dia tertinggal -.- Nak pergi ambil balik tu double malu, rasa nak bunuh diri dekat situ xD Nasib crush comel  aku takde masatu :p 

Hilang kejap gadis melayu terakhir aku :3 Lepastu kena bahan habis ahh dengan makhluk durjana ni .__. Boleh tanya..''Prince charming tolong pakaikan tak? xD'' .. 

Gelaklah weh -.- *clap hand* Ikutkan aku nak je suruh superman aku pergi ambilkan T_T kahkah, macam boleh xp 

Stop sampai situ, memang tak habis kalau nak cerita pengalaman aku jadi 'Cinderella' sehari :p
Hmm, actually I still got thousand more strories to tell yahh ~ But Im too lazy to memories thing happen -___-

Till then , bai bai :* Thanks for reading :3 Penat tahu tak :p


Title:  Cerpen-Terima kasih, si penjaga lalu lintas.
Posted:  Sabtu, 16 Februari 2013 @ 6:32 PG
+



Bukan kedudukan, tapi sikap kita yang menentukan kita bahagia atau tidak.
    Barisan panjang kereta di jalan raya tidak bergerak.Jam pada dashboard kereta menunjukkan angka 5.30 petang! Ini kali ketiga Sofiya lambat menjemput anak dari nurseri minggu ini. Penjaganya mesti marah. Tapi bukannya Sofiya sengaja datang lambat. Hari ini semuanya serba tidak kena. Daripada bateri kereta yang mati pagi tadi, sampai setiausaha Sofiya yang MC, menyebabkan semuanya huru-hara.Kini kesesakan trafik pula melengkapkan lagi hari yang sememangnya teruk.

       Sofiya hanya mahu pulang, mandi dan berehat dia rumah.Tapi mesti anak-anak dan suami Sofiya nak Sofiya memasak, membantu mereka buat kerja rumah, dan melayan macam-macam lagi kerenah mereka.

      Sofiya mengeluh panjang.Kebelakanggan ini hidup Sofiya terasa seperti satu kitaran tanpa henti.Kerja pejabat, kerja rumah, dan tidur.Itu sahaja.Mesti ada sebab dan maksud lain bagi kehidupan kita di dunia ini.Agaknya Sofiya terlalu sibuk dan letih untuk mencarinya.

   Kemudian Sofiya ternampak dia.

     Si penjaga lalu lintas itu berdiri keseorangan, hampir tidak kelihatan kalau bukan kerana vest oren yang dipakainya.Dia berdiri di tengah-tengah jalan, di antara banyak kereta yang lalu lalang, dia bersabar mengarahkan empat laluan kenderaan menjadi satu. Tapi ada sesuatu yang tidak kena dengan si penjaga lalu lintas ini. Bila kereta Sofiya semakin mendekat, baru Sofiya sedar kenapa.

  Dia sedang berdiri di tengah-tengah berpuluh-puluh kenderaan dengan pemandu yang sudah letih, bosan, dan geram tersekat dalam kesesakan lalu lintas.Baju dia sudah lencun dibasahi hujan.Dibasahi pula dengan air lecak setiap kali kenderaan melepasi dia.Walaupun begitu, dia tetap senyum. Dia bukan saja senyum kepada setiap pemandu yang melepasinya, malah turut melambai kepada mereka. Tidak ramai yang melambai balik, tapi hampir semua orang membalas senyumannya.

  Sofiya menunggu giliran kenderaan Sofiya.Sofiya mula berasa malu.Sekiranya lelaki ini yang kerjanya sepanjang hari berdiri kesejukan dalam hujan masih mampu tersenyum dan melambai-lambai kepada semua orang, apakah alasan Sofiya nak merungut mengenai kehidupannya?

   Sofiya berfikir balik apa yang menanti Sofiya di rumah.Sebuah rumah yang selesa, makanan yang baik dan sihat, tinggal nak siapkan.Dan yang penting, seorang suami dan anak-anak yang menyayangi Sofiya.

   Keesokan pagi? Hari esoknya Sofiya berpeluang menggunakan kemahiran dan kepandaian Sofiya bagi meyelesaikan kerja yang penting dan berguna,Bagaimana kehidupan Sofiya? Sebenarnya, Sofiya bertuah dan memiliki kehidupan yang baik.

  Akhirnya tiba giliran Sofiya melepasi si penjaga lalu lintas itu.Sofiya membalas lambaian dia. Sofiya mengucapkan ‘terima kasih’ kepada dia, dengan harapan dia faham gerak bibir Sofiya.Dia senyum dan mengangguk.Sofiya terus memandu dengan sikap dan semangat yang baru.

Assalamualaikum :D so how ? :) Pandang jauh ke hadapan. Hargai setiap benda kecil yang ada di depan mata kita sekarang, supaya nanti kita tidak akan berasa menyesal sebab meremehkannya :')
Title:  Gonna make my future shine bright
Posted:  Sabtu, 9 Februari 2013 @ 9:59 PG
+

Assalamualaikumm earthlingg :')


Semalam ada program pertama gemilangg :O okay , serius ni . Lepastu boleh kena buat aku janji ? >.< Ya Allah , mama suruh target semua A . Hebakk gilaa yana ni xD Orang lain semua target B . Paling banyak pun 5A jee :3 Dan dan , tulis aku janji tu . 

Datang pulak cikgu , haa yana ni pandai sebenarnya cuma dia sakit kan. So , dia banyak ketinggalan :) cikgu , terimakasihh . Berkobar kobar pulak dengar cikgu cakap macamtuu :p lalalala~ suka hati lah nak cakap apa pun . Masa depan yana yang tentukan . 

Kena ada keyakinan dalam diri . Lagipun , kata kata tu doa :) kalau 24 jam asyik cakap aku tak boleh buat , aku tak yakin . Thats what result your future . 

Mathematic boleh score punyaa lah :p kacang je ni :3 *okay tipu* Slow slow try to fall in love with them :p Ekceli , yana tak yakin sangatt :O takpelahh boleh tingkatkan usahaa :3 

Sebagai anak sulung , admit . Cuak jugakk x) Kena tinggalkan contoh yang baik dekat adik adik :p Well , contohi yanaaaa :3 Hahah *muntah pelangii* 

About Fatin , I dont know how to handle her :'( She , we had a accident few years ago . She coma . And still affect untill now . Hard to learn , if you give too much pressure to her then she will make some mess . We are too young when abah leave us :/ 

Alhamdullilah , I can stand with my own self and move on . Life goes on . But how about them ? they are too  young to understand all this thing . Ikmal masih lagi tanya siapa abah dia . Sedih tahu tak bila dia tak kenal abah dia sendiri . 

 Dah berpuluh kali tunjuk gambar abah dekat dia , but maybe he still cant do it . Kadang kadang bila dia bangun tengah malam , menangis cakap dia rindu abah :'( Ya Allah , kau takkan bagi semua dugaan ni kalau yana tak boleh tanggung :) All the problem you give me , just make me stronger . Day by day . 

Sometimes I learn from Ikmal , kalau mama sedih dia akan cakap takpe ma takpe . Sabar sabar . Yana rasa Ikmal lagi kuat dari yana :3 Maluuuunyaa  >.< 

Fatin pun macam tu , bila dia buat perangai . Reason dia cuma 'MA ADIK NAK ABAH MA , PANGGIL ABAH BOLEH ?' :(  lepastu , kitorang akan duduk sama sama . Bagi semangat , bacakan al-fatihah dekat abah . When Ikmal start crying all of us join that together :3 Yeaah , kesian dekat Ikmal bila kawan dia cakap 'Kau takde ayah kau mana tahu apaapa' Meh sini yana nak lempang sikit meh :O 

Ikmal kalau dia menangis , memang susah . Yana kena kuatkan diri dulu , baru boleh pujuk dia . Kalau tak dua dua sedihh :3 Kita tak sempurna macam malaikat . Everytime we make mistake . Termarah dekat Ikmal tu perkara biasa . Dia kalau mengamuk tak pandang kiri kanan dah . Ingat dia je tension ? Yana ni robot lah? -.-

Entry ni dah melarat larat pulak -.- habis banjir rumah :3 Till then peeps , bai bai *lambai tangan * :)