Title: Cerpen-Terima kasih, si penjaga lalu lintas.
Posted: Sabtu, 16 Februari 2013 @ 6:32 PG |
+ |
Bukan kedudukan, tapi sikap kita yang menentukan kita bahagia atau tidak.Barisan panjang kereta di jalan raya tidak bergerak.Jam pada dashboard kereta menunjukkan angka 5.30 petang! Ini kali ketiga Sofiya lambat menjemput anak dari nurseri minggu ini. Penjaganya mesti marah. Tapi bukannya Sofiya sengaja datang lambat. Hari ini semuanya serba tidak kena. Daripada bateri kereta yang mati pagi tadi, sampai setiausaha Sofiya yang MC, menyebabkan semuanya huru-hara.Kini kesesakan trafik pula melengkapkan lagi hari yang sememangnya teruk.
Sofiya hanya mahu
pulang, mandi dan berehat dia rumah.Tapi mesti anak-anak dan suami Sofiya nak
Sofiya memasak, membantu mereka buat kerja rumah, dan melayan macam-macam lagi
kerenah mereka.
Sofiya mengeluh
panjang.Kebelakanggan ini hidup Sofiya terasa seperti satu kitaran tanpa
henti.Kerja pejabat, kerja rumah, dan tidur.Itu sahaja.Mesti ada sebab dan
maksud lain bagi kehidupan kita di dunia ini.Agaknya Sofiya terlalu sibuk dan
letih untuk mencarinya.
Kemudian Sofiya
ternampak dia.
Si penjaga lalu
lintas itu berdiri keseorangan, hampir tidak kelihatan kalau bukan kerana vest
oren yang dipakainya.Dia berdiri di tengah-tengah jalan, di antara banyak
kereta yang lalu lalang, dia bersabar mengarahkan empat laluan kenderaan
menjadi satu. Tapi ada sesuatu yang tidak kena dengan si penjaga lalu lintas
ini. Bila kereta Sofiya semakin mendekat, baru Sofiya sedar kenapa.
Dia sedang berdiri
di tengah-tengah berpuluh-puluh kenderaan dengan pemandu yang sudah letih,
bosan, dan geram tersekat dalam kesesakan lalu lintas.Baju dia sudah lencun
dibasahi hujan.Dibasahi pula dengan air lecak setiap kali kenderaan melepasi
dia.Walaupun begitu, dia tetap senyum. Dia bukan saja senyum kepada setiap
pemandu yang melepasinya, malah turut melambai kepada mereka. Tidak ramai yang
melambai balik, tapi hampir semua orang membalas senyumannya.
Sofiya menunggu
giliran kenderaan Sofiya.Sofiya mula berasa malu.Sekiranya lelaki ini yang
kerjanya sepanjang hari berdiri kesejukan dalam hujan masih mampu tersenyum dan
melambai-lambai kepada semua orang, apakah alasan Sofiya nak merungut mengenai
kehidupannya?
Sofiya berfikir
balik apa yang menanti Sofiya di rumah.Sebuah rumah yang selesa, makanan yang
baik dan sihat, tinggal nak siapkan.Dan yang penting, seorang suami dan
anak-anak yang menyayangi Sofiya.
Keesokan pagi? Hari
esoknya Sofiya berpeluang menggunakan kemahiran dan kepandaian Sofiya bagi
meyelesaikan kerja yang penting dan berguna,Bagaimana kehidupan Sofiya?
Sebenarnya, Sofiya bertuah dan memiliki kehidupan yang baik.
Akhirnya tiba
giliran Sofiya melepasi si penjaga lalu lintas itu.Sofiya membalas lambaian
dia. Sofiya mengucapkan ‘terima kasih’ kepada dia, dengan harapan dia faham
gerak bibir Sofiya.Dia senyum dan mengangguk.Sofiya terus memandu dengan sikap
dan semangat yang baru.
Assalamualaikum :D so how ? :) Pandang jauh ke hadapan. Hargai setiap benda kecil yang ada di depan mata kita sekarang, supaya nanti kita tidak akan berasa menyesal sebab meremehkannya :')