Title:  fuh fuh
Posted:  Jumaat, 24 Januari 2014 @ 6:58 PG
+
Assalamualaikum, hi.



  Lama tak update kan? hihi kiranya ni first entry 2014 lah ye. Hm sebenarnya banyak benda dah jadi tapi nak tulis rasa mcm malas la pulak tapi taktau nak cerita apa ni. Tahun ni yana dah form4 rasa tak percaya pun ada, dah 16 tahun dah kita ni rupanya.

 Tahun ni yana pindah rumah abah, rumah lama la kiranya. Dah berapa tahun tah tinggal, takde org tengokkan pun tapi sekali sekala tu adalah mama dgn kitorang g kemas rumah gak. Takpun mintak tolong kat makcik tengokkan rumah tu.

 Tapi... 
Sebelum ni kitorang duduk kat desa pinggiran putra, depan rumah tu ada mcm hutan la kiranya. Yana ada bela kucing, nama dia kiki. Ada satu hari tu jiran sebelah terlanggar kiki. Taktau la sengaja ke tak sengaja ke tapi dia tetap bersalah!

 Jadi mama g la tanam kiki kat depan rumah yg ada hutan tu. Esoknya pulak bila nak tengok kiki, ada mcm org gali balik kubur kiki tu. Pahtu ada pakcik ni, dia suka potong rumput, tanam pokok le apa benda lagi la. Pakcik ni selalu dtg waktu petang, timing dia mesti time maghrib ish. Pokok yg dia tanam tu pulak ada batang je, daun tak ada. 

 Tak lama lepas kiki mati, rambut yana jadi gugur. Kalau gugur biasa tu takpelah, ini tak sampai botak jadinya rambut yana. Mama dah bawak jumpa doktor dah, stress katanya. Macam macam ubat dah sumbat dah, tak elok elok gak. Kalau tumbuh kat belah kiri, belah kanan pulak gugur, dalam 2 tahun berturut turut ni, rambut yana tetap mcmtu.

Lepastu..... (tarik nafas)
Adik yana, si fatin tu pulak..... jadi gatal gatal. Bila dia panas je mulalah, garu sana garu sini. Bila jumpa doktor, still sebab stress. Ubat inilah, ubat itulah. Banyak dah duit habis kat sini. Ikmal pun jadi sama gak, ikmal yg sebelum ni jarang ada asthma. Makin menjadi pulak asthma dia tu ish kesian kat mama tau! ulang alik hospital. Dahlah mama je yg yana ada.

Sampaila hari ni, 24/1/2014. Tahun yg kitorang pindah rumah abah, bulan pertama, buku baru. Mama selalu cakap "mama ni kenapa asyik penat je eh? dah tua kot." mama selalu penat, selalu tak larat. Jadinya, mama tak larat nak drive putrajaya-kuala lumpur. Mestilah penat kan? kerja lagi. So mama kata "ok mulai minggu ni kita stay je kat hotel, baju sekolah, buku, barang keperluan semuaa bawak sekali." 

 Bermula kehidupan yg mencabar. Pagi sebelum subuh nak kena bangun, nak jalan jauh, nak elak jam lagi. Yang bestnya, setiap pagi makan kfc ahaha. Amik drive thru ala yg breakfast punya tu. Semua sekali ada tiga set, takdela mahal sgt. Kira ok lah.

  Malam lepas balik dari sekolah dari kerja semua, kitorang balik lah ke hotel. Lepastu ada org call mama. Nak pergi tengok akak sedara kat hospital pulak. Dahlah dah malam, pergi hospital pulak. Lepas kitorang balik, akak tu meracau racau. Cakap bahasa kelantan la, terrenganu la. Bila tanya kenapa, ada benda ikut mama.

 
      to be continue...