Title: Cerpen-Satu Sahaja Lagi .
Posted: Isnin, 27 Ogos 2012 @ 8:19 PG |
+ |
Kekuatan sebenar seorang manusia berada dalam jiwanya , bukan pada anggota tubuhnya .
"Okay Mia , satu sahaja lagi . Cepat ."
Saya sudah tidak larat lagi dan terasa seperti mahu pitam . Dengan muka yang merah padam , saya melakukan satu lagi sit-up sebelum terbaring kepenatan di atas lantai . Pakar terapi fizikal saya bercangkung di hadapan muka saya dengan senyuman manis dan tapak tangan yang terangkat , menunggu saya menepuknya high-five .
"Tidak ."Saya tercunggap-cunggap kepenatan . "Biar saya tarik nafas kejap ."
Sambil mata terpaku pada siling bilik pakar terapi , fikiran saya mula melayang . 'Bagaimana keadaan saya boleh menjadi begitu teruk ? Lima sit-up pun tidak mampu ? Apa sudah jadi dengan gadis cergas yang mampu berenang lima kilometer tanpa henti dulu ? Apa sudah jadi dengan wanita yang melakukan senaman yoga hampir setiap pagi dahulu ? Mana pergi wanita yang kadangkala berjalan kaki selama sejam ke tempat kerja apabila cuaca mengizinkan ?'
"Dia sudah tiada ,"Jawab pakar terapi saya dengan penuh simpati . Seolah-olah mendengar persoalan dalam hati saya tadi ."Siapa sahaja diri kamu dahulu , beliau sudah tiada lagi . Kini kamu perlu fokuskan kepada diri kamu sekarang ini ."
Sambil menahan air mata, saya menarik nafas sedalam-dalamnya . Bau peluh dan antiseptik menusuk hidung saya .
Saya benci diri saya yang lemah ini . Saya menghidapi penyakit Mysathenia Gravis (MG) , iaitu sejenis penyakit gangguan otot yang jarang berlaku . Dalam kes saya segala-galanya bermula dengan hanya sebelah kelopak mata yang tiba-tiba lemah dan tidak mahu terbuka . Ia kemudian merebak ke lengan saya dan akhirnya turun sampai ke kaki sehinggakan mahu menuruni tangga pun susah . Aktivti fizikal dan latihan kercergasan menjadi dua perkara yang mustahil dalam kehidupan saya .
"Bunyinya memang meyedihkan , tapi saya memang tidak suka diri saya sekarang ini ."Saya mengaku buat pertama kalinya semenjak didiagnosis dengan penyakit saya itu .
"Saya faham."Jawab pakar terapi saya."Ingatlah yang kecergasan itu bukan satu pertandingan. Kayu ukur dan pencabar utama kamu sepatutnya diri kamu sendiri . Sekiranya kamu dapat melakukan lima push-up hari ini , esok cuba buat enam pula . Sekiranya kamu dapat berjalan 10 minit hari ini , berazamlah 11 minit pula hari esoknya ."
Saya mengangukkan kepala , memahami apa yang beliau katakan itu adalah benar .
Dalam bulan-bulan berikutnya saya cuba mengingati nasihat pakar terapi saya itu . Selepas menjalani pembedahan bagi mengurangkan penderitaan saya , saya sering memberitahu diri saya sendiri , "Satu sahaja lagi , satu sahaja lagi ." Saya mengulangi kata-kata yang sama ketika belajar berjalan menggunakan tongkat , dan kemudiannya topang . Setiap kali saya terasa seperti mahu berhenti dan mengalah , saya mengatakan kepada diri sendiri ,"Satu sahaja lagi."
Kini saya sudah membiasakan diri dan menerima keadaan diri saya . Namun , kadangkala saya masih berasa iri hati apabila melihat orang lain berlari , berenang , ataupun menari . Kemudian saya akan terdengar suara pakar terapi saya memberitahu kecergasan itu bukan satu pertandingan , dan saya hanya patut mencabar dan membanding-banding dengan diri saya sendiri .Saya mungkin tidak sesihat atau secergas orang lain , tapi saya komited mahu menjadi sesihat mungkin , dan menambah satu lagi dalam apa sahaja yang saya lakukan .
Satu sahaja lagi . Memang nampak tidak banyak , tapi tidak ada perkara yang lebih penting berbandingnya .
Assalamualaikum , Hello korang ;) So , macam mana okay ? Hope korang dapat something sebagai cabaran kesihatan . Tll then , bye :D